SELAMAT DATANG
di situs santri slenge'an

Senin, 31 Januari 2011

Khasiat Ayat Kursi

Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar
disembah hanya Dia yang Hidup
dan Maha Kaya, tidak pernah
ditimpa mengantuk dan tidak
pernah tidor, bagin Nya sesuatu
yang ada di langit dan di bumi,
tidak ada yag boleh membri
syafaat kecuali denga izin Nya. Ia
maha mengetahui segala apa
yang terjadi di hadapan mereka
dan dibelakang mereka. Tidaklah
mereka meliputi ilmunya sedikit
jua kecuali yang dikehendakki
Nya. Lebih luas kerusinya
darilangit dam bumi. Tidak susah
bagi Nya memelihara keduanya. Ia
maha Tinggi dan maha Besar.
[Allah! There is no god but He, the
Living, the Self-subsisting, Eternal.
No slumber can seize Him nor
sleep. His are all things in the
heavens and on earth. Who is
there can intercede in His
presence except as He permitteth?
He knoweth what (appeareth to
His creatures as) Before or After
or Behind them. Nor shall they
compass aught of His knowledge
except as He willeth. His Throne
doth extend over the heavens
and the earth, and He feeleth no
fatigue in guarding and
preserving them for He is the Most
High, the Supreme (in glory).]
Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu
malam selepas Hijrah. Menurut
riwayat, ketika ayat kursi
diturunkan disertai dengan
beribu-ribu malaikat sebagai
penghantarnya, kerana kebesaran
dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar
kerana adanya suatu alamat yang
menjadi perintang dalam
perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera
memerintah kepada penulis
alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar
segera menulisnya dan
menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima
buah hadis yang menjelaskan
fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat
ini disebut ayat KURSI kerana di
dalam nya terdapat perkataan
KURSI, ertinya tempat duduk yang
megah lagi yang mempunyai
martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di
maksudkan dengan KURSI ini
tempat duduk tuhan, tetapi
adalah KURSI itu syiar atas
kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
Sesiapa yang membaca ayat
Kursi dengan istikamah
setiap kali selesai
sembahyang fardhu, setiap
pagi dan petang, setiap kali
masuk kerumah atau
kepasar, setiap kali masuk ke
tempat tidur dan musafir,
insyaallah akan diamankan
dari godaan syaitan dan
kejahatan raja-raja
(pemerintah) yang kejam,
diselamatkan dari kejahatan
manusia dan kejahatan
binatang yang
memudharatkan. Terpelihara
dirinya dann keluarganya,
anak-anak nya, hartanya,
rumahnya dari kecurian,
kebakaran dan kekaraman.
Terdapat keterangan dalam
kitab Assarul Mufidah,
barang siapa yang
mengamalkan membaca ayat
kursi, setiap kali membaca
sebanyak 18 kali, inyaallah ia
akan hidup berjiwa tauhid,
dibukakan dada dengan
berbagai hikmat,
dimudahkan rezekinya,
dinaikkan martabatnya,
diberikan kepadanya
pengaruh sehingga orang
selalu segan kepadanya,
diperlihara dari segala
bencana dengan izin Allah
s.w.t.
Salah seorang ulama Hindi
mendengar dari salah
seorang guru besarnya dari
Abi Lababah r.a, membaca
ayat Kursi sebanyak anggota
sujud (7 kali) setiap hari ada
benteng pertahanan
Rasulallah s.a.w.
Syeikh Abul ‘Abas alBunni
menerangkan: “Sesiapa
membaca ayat Kursi
sebanyak hitungan kata-
katanya (50 kali), di tiupkan
pada air hujan kemudian
diminumnya, maka
inysyaallah tuhan
mencerdaskan akalnya dan
memudahkan faham pada
pelajaran yang dipelajari.
Sesiapa yang membaca ayat
Kursi selepas sembahyang
fardhu, Tuhan akan
mengampunkan dosanya.
Sesiapa yang membacanya
ketika hendak tidur,
terpelihara dari gangguan
syaitan, dan sesiapa yang
membacanya ketika ia
marah, maka akan hilang
rasa marahnya.
Syeikh alBuni menerangkan:
Sesiapa yang membaca ayat
Kursi sebanyak hitungan
hurufnya (170 huruf), maka
insyaallah, Tuhan akan
memberi pertolongan dalam
segala hal dan menunaikan
segala hajatnya, dam
melapangkan fikiranyan,
diluluskan rezekinya,
dihilangkan kedukaannya
dan diberikan apa yang
dituntutnya.
Barang siapa membaca ayat
Kursi ketika hendak tidur,
maka Tuhan mewakilkan dua
malaikat yang menjaga
selama tidurnya sampai pagi.
Abdurahman bin Auf
menerangkan bahawa, ia
apabila masuk kerumahnya
dibaca ayat Kursi pada empat
penjuru rumahnya dan
mengharapkan dengan itu
menjadi penjaga dan
pelindung syaitan.
Syeikh Buni menerangkan:
sesiapa yang takut terhadap
serangan musuh hendaklah
ia membuat garis lingkaran
denga nisyarat nafas sambil
membaca ayat Kuris.
Kemudian ia masuk bersama
jamaahnya kedalam garis
lingkaran tersebut
menghadap kearah musuh,
sambil membaca ayat Kursi
sebayak 50 kali, atau
sebanayk 170 kali, insyaallah
musuh tidak akan melihatnya
dan tidak akan
memudharatkannya.
Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul
Arabi menerangkan bahawa;
sesiapa yang membaca ayat
Kursi sebayak 1000 kali
dalam sehari semalam selama
40 hari, maka demi Allah,
demi Rasul, demi alQuran
yang mulia, Tuhan akan
membukakan baginya
pandangan rohani, dihasilkan
yang dimaksud dan diberi
pengaruh kepada manusia.
(dari kitab Khawasul
Qur ’an)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar