SELAMAT DATANG
di situs santri slenge'an

Kamis, 23 Juni 2011

10 ciri isteri solehah

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani
kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris
bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja
hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada
raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan
adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya,
tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan
pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa
cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah
orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi
wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk
mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan
meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan
kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah
kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman
hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita
baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu
serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan
menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta
taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan
matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai
matanya memandang yang buruk daripadamu dan
jangan sampai dia mencium kecuali yang harum
daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu
makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang
terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara
kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam
masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara
pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang
perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila
kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai
hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak
akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya
ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika
dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat
menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu
dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa
yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan
keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan
kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal
yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan
memberkatimu.”
Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa
asas penting:
Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat
kepada perintah Allah.
Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau
tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan
syariat Allah.
Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua
bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di
atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan
reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
Saya sering mengingatkan diri sendiri dan semua bahawa
kitai dari muda hingga sekarang dan masih sangat
mempercayai bahawa: "Kita hanya boleh mengubah diri
sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan
orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.