SELAMAT DATANG
di situs santri slenge'an

Kamis, 14 Juli 2011

Amalan pada malam NisfuSya`ban.

Apabila telah selesai sembahyang
Maghrib, hendaklah bi baca surah
“Yaa Sinn” dengan niatkan
mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca
doa-doanya. Kemudian dibacakan
surah “Yaa Sinn” pula kali
keduanya dengan diniatkan
diluaskan Allah rezekinya yang
halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-
doanya. Kemudian dibacakan
surah “Yaa Sinn” kali ketiganya
pula serta diniatkan minta
ditetapkan iman dan mati dalam
iman, kemudian dibacakan doa- doanya.

Keistimewaan Bulan Sya’Ban

(Dari Kitab Kelebihan Rejab,
Sya`ban, Ramadhan, Ustaz
Budiman Radhi)
1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud:
Apabila masuk bulan sya`ban,
baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas
segala bulan seperti kelebihanku
atas kamu.(Al-hadis)
2. Barangsiapa berpuasa sehari
pada bulan sya`ban, diharamkan
Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi
Allah Yusuf a.s. di dalam syurga.
Diberi pahala oleh Allah seperti
pahala nabi Allah Ayob a.s dan
nabi Daud a.s. Jika dia
sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah
atasnya sakratul maut dan
ditolakkan (terlepas)
daripadanya kegelapan di dalam
kubur, dilepaskan daripada
huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari
Qiamat, dan diwajibkan Syurga
baginya.(Al-hadis)
3. Barangsiapa berpuasa pada
awal hari khamis pada bulan
sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia
ke dalam Syurga. (Al-hadis dari
kitab Al barkah).
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan
yang lebih dikasihi oleh Rasullullah
s.a.w ialah bulan Sya`ban. 5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban
adalah bulanku, dan Ramadhan
adalah bulan umatku. Sya`ban
ialah mengkifaratkan
(menghapuskan) dosa dan
Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).
6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa
puasa Sya`ban kerana
membesarkan Ramadhan, siapa
yang berpuasa tiga hari daripada
bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali
sebelum berbuka puasa, maka
diampunkan oleh Allah dosanya
yang telah lalu, diberkatkan
rezekinya. Antara lain sabdanya
lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga
ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).
7. Sabda Rasullullah s.a.w:
Dinamakan Sya`ban kerana
padanya terdapat kebajikan
yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain)
Ramadhan ialah puasa bulan
Sya`ban.(Al-hadis).
8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa
kelebihan Rejab atas bulan -
bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala
Qalam. Kelebihan Sya`ban atas
bulan-bulan yang lainnya seperti
kelebihan atas segala ambia
(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan
atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala
makhluknya. (Al-hadis)
9. Bulan Sya`ban, keagungan
malamnya dengan malam nisfu
Sya`ban, sepertimana keagungan
Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan
Ramadhan dengan malam Lailatul
Qadarnya. Maka pada malam
Nisfu Sya`ban telah datang Jibril
kepada Rasul s.a.w lalu katanya:
Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah
padanya tiga ratus pintu rahmat
dan diampunkan Allah sekalian
orang yang tiada menyekutukan
(syirik) dengan-Nya sesuatu,
kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak,
durhaka terhadap ibubapa.(Al-
hadis)
10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik
kepada hamba-Nya pada malam
Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya
melainkan orang syirik dan orang
yang tiada bertutur dengan
saudaranya.(Al-hadis)
11. Sabdanya lagi: Apabila pada
malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya
bersembahyang, beribadah, dan
puasa kamu pada siangnya. Allah
berfirman: Adakah orang yang
meminta ampun maka Aku
ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku
a`fiatkannya. Adakah orang yang
meminta rezeki maka Aku
rezekikannya, demikianlah
pertanyaan lainnya sehingga
keluar fajar subuh. (Al-hadis) 12. Tersebut dalam kitab Al-
berkat: Bahawa jin, burung,
binatang-binatang buas, ikan di
laut berpuasa mereka pada hari
nisfu Sya`ban.
13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-
sungguh pada malam Nisfu
Sya`ban menunaikan segala
hajat. Maka datanglah Jibril
kepada Rasullullah s.a.w kali
keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu
bahawa Allah ta`ala telah
mengampunkan segala umatmu
orang yang tiada
menyekutukan-Nya sesuatu.
Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun
mengankatkan kepalanya, tiba-
tiba terbuka segala pintu syurga.
Dalam riwayat yang lain pula
menyatakan terbuka segala
pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang
rukuk pada malan ini. Pada pintu
langit yang kedua, malaikat
menyeru kemenangan bagi orang
yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat
menyeru kemenangan bagi orang
yang minta doa pada malam ini.
Pada pintu langit keempat,
malaikat menyeru kemenangan
bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit
kelima, malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang
menangis takutkan Allah
subhanahuwa ta`ala pada malam
ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan
bagi orang yang mengerjakan
amal kebajikan pada malam ini.
Dan pada pintu langit yang
ketujuh, malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan
permintaannya itu, dan pada
pintu langit yang kelapan
malaikat menyeru: Adakah orang
yang meminta ampun maka
diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah
terbukanya semua pintu ini
(diterima doa), Jibril menjawab:
Sehingga naik fajar subuh. Dan
katanya lagi: Pada malam ini
dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api
neraka sebanyak bulu kambing
bani kalab (bani kalab diantara
orang-orang arab yang paling
banyak memelihara kambing).
Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan
hamba-Nya daripada neraka
sebanyak bintang-bintang
dilangit dan sebanyak hari dunia
dan malamnya. Pada malam inilah
dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.
14. Barangsiapa membaca,
(Tiada tuhan melainkan Allah,
tiada kami sembah melainkan Dia,
dengan ikhlas lagi teguh atas
dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu
tahun, dan dihapuskan
daripadanya dosa seribu tahun,
dan keluarnya dari kubur,
mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la
orang benar siddiq (orang yang
benar).
15. Allah tidak akan
mengampunkan dosa pada malam
nisfu sya`ban enam orang; 1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada
ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah
yang dusta
6) Orang yang memperlakukan
orang supaya kelahi (Al-hadis).
16. Riwayat daripada Usman,
sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban
setelah berlaku 1/3 malamnya,
Allah turun ke langit dunia lalu
berfirman: Adakah orang-orang
yang meminta maka Aku
perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta
ampun maka Aku ampunkannya,
adakah orang yang bertaubat
maka Aku taubatkan akannya,
dan diampunkan bagi sekalian
orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina
atau orang yang berdendam
marah hatinya kepada
saudaranya. (Al-hadis)
17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah!
Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini?
Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan
lalu nabi pun bersembahyanglah
sepanjang malam nisfu Sya`ban
itu, beliau sujud terlalu lama
masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya
(mati), lalu aku tutupkannya
dengan kain, aku letakkan
tanganku di atas dua tapak
kakinya. Maka bergerak ia,
gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku
dengar beliau membaca di dalam
sujudnya:
(Aku berlindung dengan
kemaafan Engkau daripada siksa
Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau
daripada kehinaan Engkau, dan
aku berlindung dengan Engkau
daripada kejahatan yang datang
daripada Engkau, aku tiada
terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri
Engkau). Nabi menyuruh A`isyah
mengamalkan doa ini dalan sujud.
(Al-hadis)
18. Sesiapa sembahyang pada
malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih
afdal daripada ibadatnya 400
tahun. Demikian Allah memberi
tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa
a.s pun berdoa kepada tuhan:
“Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w”.
(Nabi Isa akan diturunkan di
akhir zaman untuk menegakkan
syiarkan Islam menentang orang
musyrikin, insyaallah).
19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah
(berbuat amal kebajikan), iaitu
malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil
Fitri pertama, malam Aidil Adha
pertama, dan malam Arafah.
Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya
malam rahmat dan merdeka
daripada api neraka. Sesiapa
sepanjang malam Ramadhan atau
sepanjang sepuluh yang terakhir
daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba
dalam ibadah dengan berjaga
malamnya. Demikian pula saat
mustajab doa pada hari jumaat.
Demikian pula disambungkan
Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul
Husna yang amat mustajabkan
doa padanya.

Malam Nisfu Sya’Ban atauMalam ke-15 pada bulanSya’Ban

Suatu malam rasulullah salat,
kemudian beliau bersujud
panjang, sehingga aku
menyangka bahwa Rasulullah
telah diambil, karena curiga maka
aku gerakkan telunjuk beliau dan ternyata masih bergerak.
Setelah Rasulullah usai salat
beliau berkata: “Hai A’isyah
engkau tidak dapat bagian?”.
Lalu aku menjawab: “Tidak ya
Rasulullah, aku hanya berfikiran yang tidak-tidak (menyangka
Rasulullah telah tiada) karena
engkau bersujud begitu lama”.
Lalu beliau bertanya: “Tahukah
engkau, malam apa sekarang
ini”. “Rasulullah yang lebih tahu”, jawabku. “Malam ini
adalah malam nisfu Sya’ban,
Allah mengawasi hambanya pada
malam ini, maka Ia memaafkan
mereka yang meminta ampunan,
memberi kasih sayang mereka yang meminta kasih sayang dan
menyingkirkan orang-orang yang
dengki” (H.R. Baihaqi) * * * * *
Pada malam tanggal 15 Sya’ban
(Nisfu Sya’ban) telah terjadi
peristiwa penting dalam sejarah
perjuangan umat Islam yang
tidak boleh kita lupakan sepanjang masa. Di antaranya
adalah perintah memindahkan
kiblat salat dari Baitul Muqoddas
yang berada di Palestina ke
Ka’bah yang berada di Masjidil
Haram, Makkah pada tahun ke delapan Hijriyah.Sebagaimana kita
ketahui, sebelum Nabi Muhammad
hijrah ke Madinah yang menjadi
kiblat salat adalah Ka’bah.
Kemudian setelah beliau hijrah ke
Madinah, beliau memindahkan kiblat salat dari Ka’bah ke Baitul
Muqoddas yang digunakan orang
Yahudi sesuai dengan izin Allah
untuk kiblat salat mereka.
Perpindahan tersebut
dimaksudkan untuk menjinakkan hati orang-orang Yahudi dan
untuk menarik mereka kepada
syariat al-Quran dan agama yang
baru yaitu agama tauhid.Tetapi
setelah Rasulullah saw
menghadap Baitul Muqoddas selama 16-17 bulan, ternyata
harapan Rasulullah tidak
terpenuhi. Orang-orang Yahudi di
Madinah berpaling dari ajakan
beliau, bahkan mereka
merintangi Islamisasi yang dilakukan Nabi dan mereka telah
bersepakat untuk menyakitinya.
Mereka menentang Nabi dan
tetap berada pada kesesatan. Karena itu Rasulullah saw
berulang kali berdoa memohon
kepada Allah swt agar
diperkenankan pindah kiblat
salat dari Baitul Muqoddas ke
Ka’bah lagi, setelah Rasul mendengar ejekan orang-orang
Yahudi yang mengatakan,
“Muhammad menyalahi kita dan
mengikuti kiblat kita. Apakah
yang memalingkan Muhammad
dan para pengikutnya dari kiblat (Ka’bah) yang selama ini mereka
gunakan?” Ejekan mereka ini dijawab oleh
Allah swt dalam surat al Baqarah
ayat 143: Dan kami tidak menjadikan kiblat
yang menjadi kiblatmu, melainkan
agar kami mengetahui siapa yang
mengikuti Rasul dan siapa yang
membelot… Dan pada akhirnya Allah
memperkenankan Rasulullah saw
memindahkan kiblat salat dari
Baitul Muqoddas ke Ka’bah
sebagaimana firman Allah dalam
surat al-Baqarah ayat 144. Diantara kebiasaan yang
dilakukan oleh umat Islam pada
malam Nisfu Sya’ban adalah
membaca surat Yasin tiga kali
yang setiap kali diikuti doa yang
antara lain isinya adalah: “Ya Allah jika Engkau telah
menetapkan aku di sisi-Mu dalam
Ummul Kitab (buku induk) sebagai
orang celaka atau orang-orang
yang tercegah atau orang yang
disempitkan rizkinya maka hapuskanlah ya Allah demi
anugerah-Mu, kecelakaanku,
ketercegahanku, dan kesempitan
rizkiku..” Bacaan Yasin tersebut dilakukan
di masjid-masjid, surau-surau
atau di rumah-rumah sesudah
salat maghrib. Sebagian dari orang-orang yang
mengaku ahli ilmu telah
menganggap ingkar perbuatan
tersebut, menuduh orang-orang
yang melakukannya telah
berbuat bid’ah dan melakukan penyimpangan terhadap agama
karena doa dianggap ada
kesalahan ilmiyah yaitu meminta
penghapusan dan penetapan dari
Ummul Kitab. Padahal kedua hal
tersebut tidak ada tempat bagi penggantian dan perubahan. Tanggapan mereka ini kurang
tepat, sebab dalam syarah kitab
hadist Arbain Nawawi
diterangkan bahwa takdir Allah
swt itu ada empat macam: Takdir yang ada di ilmu Allah.
Takdir ini tidak mungkin dapat
berubah, sebagaimana Nabi
Muhammad saw bersabda: “Tiada
Allah mencelakakan kecuali orang
celaka, yaitu orang yang telah ditetapkan dalam ilmu Allah Taala
bahwa dia adalah orang celaka.” Takdir yang ada dalam Lauhul
Mahfudh. Takdir ini mungkin
dapat berubah, sebagaimana
firman Allah dalam surat ar-
Ra’du ayat 39 yang berarti:
“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan
apa yang dikehendaki, dan di
sisi-Nyalah terdapat Ummul Kitab
(Lauhul Mahfudz).” Dan telah
diriwayatkan dari Ibnu Umar,
bahwa beliau mengucapkan dalam doanya yaitu “Ya Allah jika
engkau telah menetapkan aku
sebagai orang yang celaka maka
hapuslah kecelakaanku, dan
tulislah aku sebagai orang yang
bahagia”. Takdir dalam kandungan, yaitu
malaikat diperintahkan untuk
mencatat rizki, umur, pekerjaan,
kecelakaan, dan kebahagiaan
dari bayi yang ada dalam
kandungan tersebut. Takdir yang berupa penggiringan
hal-hal yang telah ditetapkan
kepada waktu-waktu yang telah
ditentukan. Takdir ini juga dapat
diubah sebagaimana hadits yang
menyatakan: “Sesungguhnya sedekah dan silaturrahim dapat
menolak kematian yang jelek dan
mengubah menjadi bahagia.”
Dalam salah satu hadits Nabi
Muhammad saw pernah
bersabda, “Sesungguhnya doa dan bencana itu diantara langit
dan bumi, keduanya berperang;
dan doa dapat menolak bencana,
sebelum bencana tersebut
turun.” Nabi Muhammad saw pada malam
Nisfu Sya’ban berdoa untuk
para umatnya, baik yang masih
hidup maupun mati. Dalam hal ini
Sayidah Aisyah RA meriwayatkan
hadits: “Sesungguhnya Nabi Muhammad
saw telah keluar pada malam ini
(malam Nisfu Sya’ban) ke
pekuburan Baqi’ (di kota
Madinah) kemudian aku
mendapati beliau (di pekuburan tersebut) sedang memintakan
ampun bagi orang-orang
mukminin dan mukminat dan para
syuhada.” Banyak hadits yang diriwayatkan
oleh Ahmad bin Hanbal, at-
Tirmidzi, at-Tabrani, Ibn Hibban,
Ibn Majah, Baihaqi, dan an-Nasa’i
bahwa Rasulullah saw
menghormati malam Nisfu Sya’ban dan memuliakannya
dengan memperbanyak salat,
doa, dan istighfar.

MALAM NISFU SYA’BAN

Dalam bulan Sya’ban ada satu malam yang oleh Allah diberikan keistimawaan dan keberkahan di dalamnya, yaitu malam Nisfu Sya’ban (malam pertengahan bulan Nisfu Sya’ban). Hal ini sebagaimana di sabdakan Rasulullah yang maknanaya: “jika datang malam Nisfu Sya’ban maka dirikanlah shalat malam dan berpuasalah pada esok harinya” (HR. Ibnu Majah). Sabda Rasulullah ini menunjukkan keistimewaan malam pertengahan bulan Sya’ban (Nisfu Sya’ban) Rasulullah menganjurkan kepada umatnya untuk mengisi malam tersebut dengan shalat malam, puasa pada esok harinya dan juga dengan memperbanyak dzikir, wirid serta mengingat mati, hari kebangkitan dari kubur dan hari perhitungan (hisab) semua amal perbuatan manusia, dimana orang-orang yang beriman dan bertaqwa akan beruntung dan orang yang
kufur dan dzalim akan merugi. Membaca surat yasin 3 kali pada malam nisfu Sya’ban dengan ikhlas dan benar adalah amal perbuatan yang baik dan yang membacanya akan mendapatkan pahala dari Allah ta’ala. Namun sebenarnya tidak ada satu hadits pun yang menjelaskan tentang kesunnahan membaca surat yasin pada malam ini secara khusus.

‘AMALIAH DI MALAMNISFU SYA’BAN

* Membaca surah yasiin sebanyak 3x sesudah sembahyang sunat ba’diah maghrib dengan Niat sebagai berikut: 1. NIAT YANG PERTA BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIIM
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah segala Dosaku dan Dosa ibu bapaku dan Dosa keluargaku dan dosa jiranku dan Dosa muslimin dan muslimat, dan panjangkanlah umurku di dalam tha’at ibadat kepada engkau dan kuatkanlah imanku dengan berkat surat Yasiin. 2. NIAT YANG KE DUA BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIIM
Ya ALLAH YA TUHANKU ampunilah segala dosaku dan dosa ibu bapaku dan dosa keluargaku dan dosa jiranku dan dosa muslimin dan muslimat, dan peliharakanlah diriku dari segala kebinasaan dan penyakit, dan kabullanlah hajatku dengan berkat surat Yasiin. 3.NIAT YANG KETIGA BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIIM
YA ALLAH YA TUHANKU ampunilah segala dosaku dan dosa ibu bapaku dan dosa keluargaku dan dosa jiranku dan dosa muslimin dan muslimat, dan kayakanlah hatiku dari segala makhluk dan berilah aku dan kelurgaku dan jiranku HUSNUL KHATIMAH dengan berkat surat Yasiin. ** SESUDAH SELESAI MEMBACA TIAP2 SURAT YASIIN DI LANJUTKAN DI LANJUTKAN DGN DO’A: **
Di baca tiap2 selesai surat Yasiin…….** * SESUDAH SELESAI SEMBAHYAN ISYA KEMUDIAN DI LANJUTKAN DENGAN SEMBAHYANG SUNAT HAJAT
:lafaz niatnya: ﻰﻠﺻﺍ ﺔﻨﺳ ﺔﺟﺎﺤﻟﺍ ﻦﻴﺘﻌﻛﺭ ﻪﻠﻟ
ﻰﻟﺎﻌﺗ
” aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerena Allah Ta’ala, Setelah fatihat pada rakaat yang pertama di baca: ﻥﻭﺮﻔﻜﻟﺍ ﺎﻬﻳﺁﺎﻳ ﻞﻗ … ﺦﻟﺍ 11 x Rakaat kedua: ﺪﺣﺍ ﻪﻠﻟﺍ ﻮﻫ ﻞﻗ … ﺢﻟﺍ
Di baca dalam sujud:
1_ ﺎﻨﺑﺭ ﺎﻨﺗﺁ ﻰﻓ ﺎﻴﻧﺪﻟﺍ ﺔﻨﺴﺣ ﻰﻓﻭ ﺓﺮﺧﻵﺍ ﺔﻨﺴﺣ ﺎﻨﻗﻭ ﺏﺍﺬﻋ ﺭﺎﻨﻟﺍ 10.… x 2_ ﻢﻬﻠﻟﺍ ﻞﺻ ﻰﻠﻋ ﺪﻤﺤﻣ ﻰﻠﻋﻭ ﻪﻟﺁ ﺪﻤﺤﻣ 10 x 3_ ﻥﺎﺤﺒﺳ ﻪﻠﻟﺍ ﺪﻤﺤﻟﺍ ﻭ ﻪﻠﻟ ﻪﻟﺍ ﻻﻭ ﺮﺒﻛﺍ ﻪﻠﻟﺍ ﻭ ﻪﻠﻟﺍ ﻻﺍ 10 x Sesudah salam baca shalawat Munjiyat (shalawat hajat) lima kali. *DAN SUNAT TASBIH:
*CARA SEMBAHYANG SUNAT TASBIH* ketentuan sambahyang tasbih pada dasarnya sama dgn sembahyang sunat lainya, baik bacaan maupun geraknya.
Bedanya hanyalah penambahan bacaan tasbih. Jumlah raatnya adalah 4 rakaat dengan 1 kali salam atau 2 kali salam, tetapi yang lebih bagus di kerjakan siang hari dgn 1 kali salam dan jika malam hari dgn 2 kali salam. Lafatz niatnya: ﻰﻠﺻﺍ ﺔﻨﺳ ﺢﻴﺒﺴﺘﻟﺍ ﻦﻴﺘﻌﻛﺭ ) ﺕﺎﻌﻛﺭ ﻊﺑﺭﺍ ( ﻰﻟﺎﻌﺗ ﻪﻠﻟ . ﺮﺒﻛﺍ ﻪﻠﻟﺍ
”Aku sembahyang sunat tasbih dua raat (4 rakaat) kerena Allah ta’ala”. SELESAI FATIHAH BACA PADA RAAT PERTAMA: ﺮﺛﺎﻜﺘﻟﺍ ﻢﻜﻬﻟﺍ ..… ﺦﻟﺍ
RAKAAT KE DUA: ﻥﺎﺴﻧﻹﺍ ﻥﺍ ﺮﺼﻌﻟﺍﻭ …… ﺦﻟﺍ
RAKAAT KE TIGA: ﻥﻭﺮﻔﻜﻟﺍﺎﻬﻳﺍﺂﻳ ﻞﻗ ..… ﺦﻟﺍ
RAKAAT KE EMPAT: ﺪﺣﺍ ﻪﻠﻟﺍ ﻮﻫ ﻞﻗ …… ﺦﻟﺍ Bacan tasbihnya ialah: ﻥﺎﺤﺒﺳ ﻪﻠﻟ ﺪﻤﺤﻟﺍﻭ ﻪﻠﻟﺍ ﻻﺍ ﻪﻟﺍ ﻻﻭ ﻪﻠﻟﺍ ﻪﻠﻟﺍﻭ ﺮﺒﻛﺍ ) ﻝﻮﺣﻻﻭ ﺓﻮﻗﻻﻭ
ﻢﻴﻈﻌﻟﺍ ﻰﻠﻌﻟﺍ ﻪﻠﻟﺎﺑ ﻻﺍ). Tempat membaca tasbih dan jumlahnya ialah:
(1) setelah bacaan surah (sebelum ruku’) 15 kalh.
(2) ketika ruku’ 10 kali.
(3) ketika berdiri 10 kali
(4) ketika sujud pertama, 10 kali
(5) ketika duduk antara dua sujud, 10 kali
(6) ketika sujud kedua, 10 kali.
( 7) ketika duduk istirahat sebelum berdiri sebelum berdiri atau sebelum membaca tasyahud, 10 kali,
Jadi, jumlah bacaan tasbih untuk setiap rakaat itu 75 kali. Dan jumlah bacaan tasbih dalam shalat tasbih adalah, 4×75=300 kali.
KETERANGAN:
Sambahyang tasbih sangat di anjurkan untuk mengerjakanya.
Hal ini sesuai dengan sabda Nabi: kpada paman baliau Abbas bin Abdul Muththalhb:
” jika paman dapat mengerjakanya sekali dalam sehari, maka kerjakanlan, jika tidak dapat kerjakanlah seminggu sekali!, jika tidak dapat kerjakanlah sebulan sekali!, jika tidak dapat kerjakanlah setahun sekali!, jika masih tidak dapat juga, maka kerjakanlah sekali dalam se umur hidup.” (Riwat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu khuzaimah dalam kitab Shihnya dan juga oleh Thabrani). Adapun fadhilat/hikmahnya,
Di antaranya, Allah ta’ala mengampuni dosa bagi orang yang mengerjakanya, baik dosanya yang awal dan yang akhir, yang lama dan yang baru, yang tampa sengaja dan yang sengaja, yang kecil dan yang besar, yang sembunyi dan yang terang-terangan. DAN DI LANJUTKAN DENGAN TASBIH NABIYULLAAH YUNUS: ﻪﻟﺍﻻ ﻦﻣ ﺖﻨﻛ ﻲﻧﺍ ﻚﻧﺎﺤﺒﺳ ﺖﻧﺍ ﻻﺍ
ﻦﻴﻤﻟﺎﻈﻟﺍ.sebnyak 2375 x Wallahu Alam.