SELAMAT DATANG
di situs santri slenge'an

Kamis, 14 Juli 2011

Keistimewaan Bulan Sya’Ban

(Dari Kitab Kelebihan Rejab,
Sya`ban, Ramadhan, Ustaz
Budiman Radhi)
1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud:
Apabila masuk bulan sya`ban,
baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas
segala bulan seperti kelebihanku
atas kamu.(Al-hadis)
2. Barangsiapa berpuasa sehari
pada bulan sya`ban, diharamkan
Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi
Allah Yusuf a.s. di dalam syurga.
Diberi pahala oleh Allah seperti
pahala nabi Allah Ayob a.s dan
nabi Daud a.s. Jika dia
sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah
atasnya sakratul maut dan
ditolakkan (terlepas)
daripadanya kegelapan di dalam
kubur, dilepaskan daripada
huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari
Qiamat, dan diwajibkan Syurga
baginya.(Al-hadis)
3. Barangsiapa berpuasa pada
awal hari khamis pada bulan
sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia
ke dalam Syurga. (Al-hadis dari
kitab Al barkah).
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan
yang lebih dikasihi oleh Rasullullah
s.a.w ialah bulan Sya`ban. 5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban
adalah bulanku, dan Ramadhan
adalah bulan umatku. Sya`ban
ialah mengkifaratkan
(menghapuskan) dosa dan
Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).
6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa
puasa Sya`ban kerana
membesarkan Ramadhan, siapa
yang berpuasa tiga hari daripada
bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali
sebelum berbuka puasa, maka
diampunkan oleh Allah dosanya
yang telah lalu, diberkatkan
rezekinya. Antara lain sabdanya
lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga
ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).
7. Sabda Rasullullah s.a.w:
Dinamakan Sya`ban kerana
padanya terdapat kebajikan
yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain)
Ramadhan ialah puasa bulan
Sya`ban.(Al-hadis).
8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa
kelebihan Rejab atas bulan -
bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala
Qalam. Kelebihan Sya`ban atas
bulan-bulan yang lainnya seperti
kelebihan atas segala ambia
(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan
atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala
makhluknya. (Al-hadis)
9. Bulan Sya`ban, keagungan
malamnya dengan malam nisfu
Sya`ban, sepertimana keagungan
Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan
Ramadhan dengan malam Lailatul
Qadarnya. Maka pada malam
Nisfu Sya`ban telah datang Jibril
kepada Rasul s.a.w lalu katanya:
Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah
padanya tiga ratus pintu rahmat
dan diampunkan Allah sekalian
orang yang tiada menyekutukan
(syirik) dengan-Nya sesuatu,
kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak,
durhaka terhadap ibubapa.(Al-
hadis)
10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik
kepada hamba-Nya pada malam
Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya
melainkan orang syirik dan orang
yang tiada bertutur dengan
saudaranya.(Al-hadis)
11. Sabdanya lagi: Apabila pada
malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya
bersembahyang, beribadah, dan
puasa kamu pada siangnya. Allah
berfirman: Adakah orang yang
meminta ampun maka Aku
ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku
a`fiatkannya. Adakah orang yang
meminta rezeki maka Aku
rezekikannya, demikianlah
pertanyaan lainnya sehingga
keluar fajar subuh. (Al-hadis) 12. Tersebut dalam kitab Al-
berkat: Bahawa jin, burung,
binatang-binatang buas, ikan di
laut berpuasa mereka pada hari
nisfu Sya`ban.
13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-
sungguh pada malam Nisfu
Sya`ban menunaikan segala
hajat. Maka datanglah Jibril
kepada Rasullullah s.a.w kali
keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu
bahawa Allah ta`ala telah
mengampunkan segala umatmu
orang yang tiada
menyekutukan-Nya sesuatu.
Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun
mengankatkan kepalanya, tiba-
tiba terbuka segala pintu syurga.
Dalam riwayat yang lain pula
menyatakan terbuka segala
pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang
rukuk pada malan ini. Pada pintu
langit yang kedua, malaikat
menyeru kemenangan bagi orang
yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat
menyeru kemenangan bagi orang
yang minta doa pada malam ini.
Pada pintu langit keempat,
malaikat menyeru kemenangan
bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit
kelima, malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang
menangis takutkan Allah
subhanahuwa ta`ala pada malam
ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan
bagi orang yang mengerjakan
amal kebajikan pada malam ini.
Dan pada pintu langit yang
ketujuh, malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan
permintaannya itu, dan pada
pintu langit yang kelapan
malaikat menyeru: Adakah orang
yang meminta ampun maka
diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah
terbukanya semua pintu ini
(diterima doa), Jibril menjawab:
Sehingga naik fajar subuh. Dan
katanya lagi: Pada malam ini
dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api
neraka sebanyak bulu kambing
bani kalab (bani kalab diantara
orang-orang arab yang paling
banyak memelihara kambing).
Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan
hamba-Nya daripada neraka
sebanyak bintang-bintang
dilangit dan sebanyak hari dunia
dan malamnya. Pada malam inilah
dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.
14. Barangsiapa membaca,
(Tiada tuhan melainkan Allah,
tiada kami sembah melainkan Dia,
dengan ikhlas lagi teguh atas
dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu
tahun, dan dihapuskan
daripadanya dosa seribu tahun,
dan keluarnya dari kubur,
mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la
orang benar siddiq (orang yang
benar).
15. Allah tidak akan
mengampunkan dosa pada malam
nisfu sya`ban enam orang; 1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada
ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah
yang dusta
6) Orang yang memperlakukan
orang supaya kelahi (Al-hadis).
16. Riwayat daripada Usman,
sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban
setelah berlaku 1/3 malamnya,
Allah turun ke langit dunia lalu
berfirman: Adakah orang-orang
yang meminta maka Aku
perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta
ampun maka Aku ampunkannya,
adakah orang yang bertaubat
maka Aku taubatkan akannya,
dan diampunkan bagi sekalian
orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina
atau orang yang berdendam
marah hatinya kepada
saudaranya. (Al-hadis)
17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah!
Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini?
Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan
lalu nabi pun bersembahyanglah
sepanjang malam nisfu Sya`ban
itu, beliau sujud terlalu lama
masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya
(mati), lalu aku tutupkannya
dengan kain, aku letakkan
tanganku di atas dua tapak
kakinya. Maka bergerak ia,
gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku
dengar beliau membaca di dalam
sujudnya:
(Aku berlindung dengan
kemaafan Engkau daripada siksa
Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau
daripada kehinaan Engkau, dan
aku berlindung dengan Engkau
daripada kejahatan yang datang
daripada Engkau, aku tiada
terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri
Engkau). Nabi menyuruh A`isyah
mengamalkan doa ini dalan sujud.
(Al-hadis)
18. Sesiapa sembahyang pada
malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih
afdal daripada ibadatnya 400
tahun. Demikian Allah memberi
tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa
a.s pun berdoa kepada tuhan:
“Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w”.
(Nabi Isa akan diturunkan di
akhir zaman untuk menegakkan
syiarkan Islam menentang orang
musyrikin, insyaallah).
19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah
(berbuat amal kebajikan), iaitu
malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil
Fitri pertama, malam Aidil Adha
pertama, dan malam Arafah.
Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya
malam rahmat dan merdeka
daripada api neraka. Sesiapa
sepanjang malam Ramadhan atau
sepanjang sepuluh yang terakhir
daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba
dalam ibadah dengan berjaga
malamnya. Demikian pula saat
mustajab doa pada hari jumaat.
Demikian pula disambungkan
Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul
Husna yang amat mustajabkan
doa padanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar